Ilustrasi petugas kesihatan dan komuniti Kulai
Komuniti Cakna, Kulai Bebas TB
Bahasa

Portal TB Komuniti

Portal bagi memudahkan semakan simptom, saringan awal dan mendapatkan rawatan Tuberkulosis.

Saringan

Percuma di klinik kerajaan

Tindakan

Rujuk segera jika batuk > 2 minggu

Sokongan

Panduan untuk pesakit dan keluarga

Apa itu TB?
TB ialah jangkitan kuman yang biasanya menyerang paru-paru tetapi boleh dirawat sepenuhnya jika dikesan awal.
Bagaimana ia merebak?
TB boleh merebak melalui udara apabila pesakit TB paru-paru batuk, bersin atau bercakap dekat dengan orang lain.
Boleh sembuh?
Ya. Rawatan TB disediakan dan perlu diambil mengikut jadual sehingga habis untuk sembuh dengan selamat.
Saringan Kendiri TB
Jawab empat soalan ringkas ini. Jika ada tanda amaran, datang ke klinik kesihatan dengan segera.

Adakah anda batuk melebihi 2 minggu?

Adakah anda mengalami peluh malam?

Adakah berat badan anda menurun tanpa sebab jelas?

Adakah anda batuk berdarah?

Jika simptom masih berterusan atau anda pernah terdedah kepada pesakit TB, sila buat pemeriksaan di klinik kesihatan.

Saringan dan rawatan di fasiliti kerajaan adalah percuma mengikut penilaian klinikal.

Dapatkan Arah
Apa Berlaku Jika Anda Walk-In?
1

Langkah 1: Datang ke Klinik Kesihatan berhampiran.

2

Langkah 2: Beritahu kaunter anda ingin buat saringan TB. Ia adalah percuma.

3

Langkah 3: Pegawai kesihatan akan menilai simptom dan membuat ujian kahak atau ujian berkaitan.

Ahli keluarga disahkan TB? Apa anda perlu buat

Datang untuk saringan kontak jika anda tinggal serumah, rapat dengan pesakit, atau menjaga pesakit setiap hari.

Bawa maklumat pesakit jika ada, supaya klinik boleh menyusun pemeriksaan dengan lebih cepat.

Jangan tunggu simptom menjadi teruk. Saringan awal membantu mencegah jangkitan berlarutan dalam keluarga.

Aktiviti Unit TB

Kemaskini program, komuniti dan outreach Unit TB.

Lokasi Klinik di Daerah Kulai

Hubungi terus atau buka arah perjalanan terus ke Google Maps atau Waze.